Home » » lirik lagu Nasyid Mawaddah - Ingatlah kematian

LIRIK LAGU : lirik lagu Nasyid Mawaddah - Ingatlah kematian


Ingatlah kematian itu dari detik ke detik dan dari saat ke saat
Justeru Allah tidak janjikan kematian kita di waktu tua
Begitu juga Allah tidak janjikan kematian kita disebabkan sakit
tidak pun sakit boleh mati juga

*Oleh itu jangan senang hati
Kematian pastikan berlaku
Tunggulah kematian dari nafas ke nafas
Agar kita tidak angan2 melalaikan

Ingatlah sentiasa Tuhan setiap waktu
Kerana kematian kita tidak tahu
Ingatlah mati di dalam sebarang hal
agar kita sentiasa gentar dengan Tuhan

Oleh itu bersiap sedialah mengusahakan iman dan taqwa
sebagai bekalan menuju akhirat yang kekal abadi
hidup di dunia hanya sekali
bila pergi tak akan kembali
tersilap di dunia padahnya diterima di sana

Mengapa kita belum pun menambah amalan
sedangkan umur makin lama berkurangan
pabila sudah sampai ke sempadan kan menyesal.

CARI JUDUL LAGU MENURUT ABJAD :

Campuran, A, B, C, D, E, F, G, H, I, J, K, L, M, N, O, P, Q, R, S, T, U, V, W, X, Y, Z

Tinggalkan Komentar Anda!!